Hari ini saya mahu kongsikan pengelaman pertama cancel order di Lazada Malaysia. Punca saya cancel order kerana item yang saya mahu beli tu lambat pula nak kena proses oleh kerana item tersebut dari oversea.
Saya tergoda dengan diskaun yang di berikan oleh Lazada sehingga terlupa untuk melihat expected date item itu akan sampai ke tempat saya.
Oleh kerana takut dengan pengelaman beli iphone 6 item import dari oversea yang lambat sampai tu berulang kembali, so saya decide untuk cancel order (IMPORT) Nikon AF-S DX NIKKOR Lens 35mm f/1.8G
OPTION 1: Cara Cancel Order Di Lazada
Langkah 1:Pegi Ke laman Contact Us Lazada >> http://www.lazada.com.my/contact/
Langkah 2:
Isikan maklumat yang di perlukan kemudian klik SEND
OPTION 2: Cara Cancel Order Di Lazada
Langkah 1:Call CS Lazada Malaysia
03 8601 1888
You can call us during our working hours:
Monday - Friday: 8am - 9pm
Weekends and Public Holidays: 9am - 6pm
Cakap dengan staff yang bertugas yang anda mahu cancel order anda, nyatakan no order anda dan sebab apa nak cancel.
Langkah 2:
Setelah bercakap dengan staff yang anda hubungi tadi, anda akan menerima details di email yang berdaftar di Lazada untuk memasukan maklumat akaun bagi pemulangan semula wang anda.
Langkah 3:
Klik Submit dan anda telah pun berjaya memberikan maklumat untuk proses refund
![]() |
| Saya Cancel Order pada 19 Dec 2016 |
![]() |
| 20 Dec 2016 duit saya telah pun di kembalikan semula mengikut harga item yang saya cancel beli kerana mengambil masa agak lama dari segi penghantaran. |













