Saya mula-mula berjinak dengan dunia blog sekitar akhir tahun 2010. Punca saya menjadi blogger adalah di sebabkan keterujaan ketika kelas ICT masa zaman matrikulasi apabila lecturer kami memaparkan site/blog yang di miliki dengan custom domain.
Waktu tu saya memang rasa exsited untuk bina blog sendiri tapi masa belum mengizinkan ketika itu kerana zaman matrikulasi sangat padat dan kena fokus dengan study.
Melangkah ke alam Universiti saya mula menjinak kan diri dengan blogging di platform blogspot. Berbekalkan wifi Universiti, saya gunakan sepenuhnya untuk belajar melalui google cara-cara bina blog.
Kadang sampai lewat tengah malam menggoogle cara buat blog walaupun benda tu tidak di keluar masa exam. Kalau di minat kita akan buat atau belajar tanpa di suruh.
Waktu tu blog saya agak caca marba dan hanya jadikan blog sebagai story line atau pun tempat bercerita aktiviti di Universiti dan perkongsian tentang apa-apa yang ingin di kongsikan secara umum.
Tahun 2011 saya dah mula menghasilkan income melalui Nuffnang hanya RM346 sahaja untuk setahun. Memang teruja sangat sebab itulah kali pertama buat duit dengan blog. Setelah itu saya mula serious dengan dunia blogging walaupun sebagai hobi zaman study.
Sekitar tahun 2013 saya dah mula generate income secara pasif dalam RM200 sebulan bersama dengan Komli Media. Jumlah itu sudah cukup bagi seorang pelajar macam saya.
Saya Konvo 2014 di Universiti Malaysia Sabah seterusnya menjadikan blogging sebagai kerjaya utama saya setelah melihat peluang yang banyak dalam dunia blogging ini.
Sudah 3 tahun saya menjadi full time blogger dan jatuh bangun dalam dunia blogging saya sudah rasa berkali-kali. Yang paling susah adalah untuk konsisten berada di top SERP dalam tempoh yang lama.
Tahun 2017 saya dan beberapa blogger Sabahan yang lain hidupkan kembali Komuniti Sabahan Bloggers ini dan gambar di atas adalah Logo Official Sabahan Blogger.
Logo tersebut adalah hasil persetujuan ahli-ahli Sabahan Blogger yang masih lagi aktif blogging sehingga ke hari ini. Jadi mana-mana sabahan blogger boleh lah join kami tanpa segan silu bekongsi pendapat dan pandangan peluang yang ada dalam dunia digital.
LIST SABAHAN BLOGGER
- www.rahmadgraphic.my
- www.kisahemasputih.com
- www.ecadwinkyasha.com
- dapurjirankuberasap.blogspot.com
- shumie-dz.blogspot.com
- unnianje.blogspot.my
- www.jun-zie.com
- msvelentine.blogspot.my
- blogashalya.blogspot.my
- anumabdullah93.blogspot.com
- lizaizara.blogspot.my
- sukasukasurirumah.blogspot.my
- www.opzzpinky.my
- nnizati.blogspot.com
- www.dayverampas.com
- nourayuadieb.blogspot.com
- hunyieda.blogspot.com
- hidayah97-bittersweet.blogspot.my
- www.kakgojes.com
- mrsyatie.blogspot.com
- www.dedauncomel.com
- www.elihjapahar.com
*P/s Bagi mana-mana sabahan blogger yang mahu berada dalam list ini boleh komen link url anda dan list akan di update apabila anda sememangnya sabahan blogger yang masih lagi aktif.