Kita kerap menyalahkan bateri iPhone, bila ianya cepat habis. Baru guna 3 jam selepas caj, tapi bateri iPhone sudah 40% turun. Tahukah anda, setting yang salah pada sistem iOS adalah salah satu puncanya. Hanya menukar sedikit sistem iOS, anda boleh menggunakan iPhone anda lebih lama.
Berikut adalah caranya :
Langkah 1:
Kalau anda perhati pada wallpaper iPhone anda. Anda akan dapati wallpaper tersebut seolah terawang-awang.
⛔️ ⛔️ ⛔️ Ianya sekadar hiasan, dan tidak penting sama sekali.
Settings > General > Accessibility > On “Reduce Motion”
Langkah 2:
Ramai yang tidak tahu yang kita boleh off kan Apps Refresh. Pilih hanya aplikasi yang tidak penting.
Setting > General > Background App Refresh
Langkah 3: Off Update/AppsJika anda di mode on, Apps Store akan sentiasa berhubung dengan server Apple. Jadi bila ada aplikasi yang turun di kemas kini, ianya akan automatik kemas kini. Jadi tukar ke off. Bila anda rasa ianya masa yang sesuai untuk kemas kini, barulah anda sendiri yang kemas kini.
Settings > iTunes and App Store > Off Update/Apps
Langkah 4:
Sejak iOS 4 lagi, anda boleh menggunakan banyak aplikasi dalam satu masa. Ianya dipanggil multi-tasking.
⛔️ ⛔️ ⛔️ Jadi masalah nya, anda sedar ke tidak. Kemungkinan besar anda sudah lama tidak matikan aplikasi yang tidak diguna. Silap hari bulan, sudah hampir sebulan aplikasi itu berjalan.
Tekan home button 2 kali dengan cepat. Akan keluar semua aplikasi yang sedang berjalan, jadi slide aplikasi yang tidak digunakan ke atas.
Langkah 5: Email kerap masuk➡️ ➡️ ➡️ Email yang kerap masuk, pun boleh menjadi salah satu faktor bateri anda turun begitu cepat. Ini kerana, aplikasi email sentiasa berhubung dengan server dan kerap refresh.
⛔️ ⛔️ ⛔️ Jadi anda kena tukar ke mood manual. Bila anda dalam manual, email tidak akan auto masuk. Jadi bila anda masuk aplikasi email anda, barulah email masuk.
Settings > Mail, Contacts, and Calendars > Fetch New Data > Manually
Langkah 6:
Hadkan Location Service
➡️ ➡️ ➡️ Hadkan apps yang menggunakan location service.
⛔️ ⛔️ ⛔️ Contoh : Anda hanya gunakan Waze aplikasi sebagai navigasi anda. Jadi anda on kan location service untuk Waze. Jadi aplikasi lain seperti Google, Whatsapp, dan dll anda boleh off kan.
Setting > Privacy > Location Services
Kredit:
Khai Asdi